web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah, Mayat Dalam Beg Adalah Suri Narudin

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2025 2:55PM

Suri Narudin - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Identiti mayat wanita yang ditemukan di dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis lepas disahkan sebagai Suri Narudin, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata ia berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

"Selain itu, berdasarkan laporan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia Malaysia, perbandingan profil DNA mendapati bahawa spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat, iaitu sumber spesimen hubungan adik-beradik kandung.

"la menunjukkan kebarangkalian hubungan yang sangat tinggi sekali gus mengukuhkan lagi proses pengesahan identiti mayat sebagai Suri, 53 tahun," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau atau balai polis berhampiran.

Alzafny berkata PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.

Khamis lepas, beliau berkata mayat yang ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lepas.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Suri yang dilaporkan hilang selepas ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan itu pada 15 Disember lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 30 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad