web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Lelaki ‘Geng Bhai’ Disyaki Terlibat Kes Samun Kargo Ditahan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2025 6:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Polis menahan enam lelaki ahli kumpulan "Geng Bhai" yang disyaki terbabit dalam berapa kejadian samun kargo dan curi kenderaan di negeri ini melibatkan kerugian dianggarkan RM659,000 sejak Oktober lepas.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kejayaan itu adalah hasil Op Kargo yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang susulan dua kes samun treler bermuatan besi dan kabel PVC serta lima kes curi treler, forklift serta kereta.

"Polis melancarkan beberapa siri serbuan antara 21 hingga 29 November di Senawang (Negeri Sembilan), Klang (Selangor) dan Bentong sebelum berjaya menahan enam lelaki berusia antara 24 hingga 56 tahun dengan kesemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azry Akmar berkata serbuan turut membawa kepada rampasan pelbagai barangan kes termasuk empat treler, sebuah lori, dua kereta dan 10 drum kabel PVC serta tiga alat pemotong besi dan kabel.

Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan treler bermuatan yang berhenti di tepi jalan dengan mengikat mangsa sebelum membawa mereka ke lokasi lain dan meninggalkan mangsa selepas memastikan kenderaan selamat daripada dijejaki.

"Kumpulan berkenaan turut mencuri treler bermuatan dan kosong serta kereta yang ditinggalkan di kawasan sunyi, manakala sebuah forklift dicuri di Temerloh untuk digunakan memunggah barang samun di sebuah stor sewaan di Senawang, Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati kumpulan itu diketuai seorang lelaki berusia 56 tahun yang pernah aktif dalam kes jenayah kargo dan kini sedang menjalani tempoh parol hingga Mac 2026 di Bentong.

"Ahli geng tersebut dipercayai mengenali rakan-rakan lain ketika menjalani hukuman penjara sebelum ini," katanya.

Tiga lagi lelaki dipercayai ahli kumpulan itu masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dikenali sebagai Kishan Singh Kretar Singh, 41, dari Rawang, Selangor; Muhammad Farhan Subri, 23, dari Bedong, Kedah; dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai Raja menyalurkan maklumat kepada polis.

Beliau berkata kesemua suspek direman hingga semalam dan pihaknya kini memohon tempoh itu dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkaitan rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan berhubung curi kenderaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad