web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2025 3:58PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemui pada 7.30 pagi oleh anggota polis dan bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

"Polis dan JBPM yang berada di lokasi berjaya menemui mangsa pada jarak kira-kira 50 meter dari kenderaan," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan individu yang hilang selepas dihanyutkan arus deras itu merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berkhidmat di IPD Nilai difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di sini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan banjir berhampiran Klinik Desa Giching, pada kira-kira 11 malam Jumaat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penuntut Universiti Swasta Ditahan Disyaki Tikam Wanita

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berbalas Tembakan Dengan Polis, Ketua Kumpulan Samun Akhirnya Tumpas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad