web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2026 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai selepas menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini semalam.

Koperal Khairil Iazhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato' Abu Bakar Baginda disahkan meninggal dunia di IPD berkenaan, namun punca kematian belum disahkan.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor Datin Rozana Kasbon menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Khairil lazhar.

"Allahyarham meninggal dunia pada usia 36 tahun dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun.

"Pemergian Allahyarham Kpl 171014 Khairil Idzhar merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, salam takziah," katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi Polis Selangor.

Media melaporkan Allahyarham rebah semasa menjalani aktiviti kawad dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas dirinya di IPD Sepang.

Sehingga kini, IPD Sepang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kematian anggota berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penuntut Universiti Swasta Ditahan Disyaki Tikam Wanita

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berbalas Tembakan Dengan Polis, Ketua Kumpulan Samun Akhirnya Tumpas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad