web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penuntut Universiti Swasta Ditahan Disyaki Tikam Wanita

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2026 5:18PM

Norhizam Bahaman (tengah) - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang pelajar universiti swasta ditahan selepas disyaki menikam seorang wanita dalam kejadian di sebuah apartment di Bandar Sunsuria, Sepang, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman menerusi satu kenyataan hari ini berkata pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada hari kejadian.

Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengesahkan menerima laporan polis mengenai seorang wanita berusia 34 tahun yang telah dicederakan dengan senjata tajam di kediamannya pada Jumaat.

"Suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan. Mangsa yang kritikal dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata suspek kini direman tujuh hari hingga 16 April dan siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, 10 keterangan saksi telah diambil. Keputusan urin suspek adalah negatif dan suspek tiada sebarang rekod jenayah," katanya.

Beliau berkata mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azroy Amran di talian 014-2723342, IPD Sepang atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berbalas Tembakan Dengan Polis, Ketua Kumpulan Samun Akhirnya Tumpas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad