web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berbalas Tembakan Dengan Polis, Ketua Kumpulan Samun Akhirnya Tumpas

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2025 6:56PM

Suspek melepaskan tembakan kepada polis ketika kereta dipandunya ditahan pihak berkuasa - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, dekat sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata kejadian berlaku pada 8.10 malam ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) menjalankan operasi mengesan dan mencegah kes samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang, dekat sini.

Beliau berkata ketika rondaan menggunakan kenderaan pasukan, anggota D9 terserempak sebuah Perodua Myvi berwarna perak dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

"Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

Sementara itu, pada sidang media di Sepang hari ini Kumar berkata suspek dipercayai ketua kumpulan samun yang dianggotai lebih kurang 10 orang.

Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan rumah kediaman, tapak projek atau kilang e-waste sebagai sasaran, dengan bersenjatakan pistol, parang atau batang besi.

"Kumpulan ini dipercayai aktif sejak 2022 dan jumlah kes samun yang melibatkan mereka adalah sebanyak 19 kes, iaitu 17 di Selangor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.

"Untuk tempoh 2022 hingga Oktober lepas, anggaran kerugian hasil kegiatan samun kumpulan itu berjumlah RM2.53 juta," katanya.

Kumar berkata pihak polis telah mengenal pasti saki-baki ahli kumpulan yang terlibat dan usaha untuk mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Jalani Aktiviti Berkawad

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penuntut Universiti Swasta Ditahan Disyaki Tikam Wanita

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad