web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buat Pemeriksaan Mengejut Di 79 Sekolah Selangor

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2025 4:26PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 79 sekolah termasuk asrama di Selangor diperiksa secara mengejut dan rawak sejak tiga hari lepas, bagi memperkukuh disiplin serta mencegah salah laku dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata pemeriksaan melibatkan sekolah harian dan berasrama itu dilakukan bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat serta bebas daripada gejala tidak sihat.

"Setakat ini tiada isu besar dikesan, namun ini menunjukkan komitmen polis mencegah jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar supaya mereka berasa selamat dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran serta membina masa depan yang baik," katanya.

Mohd Zaini berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam hari ini.

Bellau juga menggalakkan pelajar menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menyalurkan maklumat terus kepada polis sekiranya mengesan sebarang salah laku di sekolah.

Selain itu, Mohd Zaini berkata sebanyak 1,219 kes salah laku direkodkan membabitkan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Selangor untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini, dengan 265 kes diklasifikasikan sebagai buli manakala selebihnya merangkumi pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata pihaknya telah membuka 41 kertas siasatan iaitu sembilan berkaitan buli manakala 32 lagi membabitkan pelbagai salah laku dengan sebahagian besar kes tidak mempunyai keterangan mencukupi untuk siasatan diteruskan.

"Selangor mempunyai hampir 997,000 pelajar serta 60,000 guru, dan jumlah lebih 1,200 kes direkodkan hanya mewakili 0.0125 peratus daripada keseluruhan pelajar. 

“Angka ini menunjukkan keadaan masih terkawal dan sehingga kini belum ada sekolah dikategorikan sebagai kritikal," katanya.

Mohd Zaini berkata walaupun tiada sekolah dikategorikan kritikal, polis memandang serius isu disiplin dan buli di institusi pendidikan kerana mampu dicegah pada peringkat awal dengan peranan semua pihak termasuk ibu bapa.

Beliau berkata pencegahan bukan hanya melalui tindakan undang-undang, tetapi memerlukan kerjasama erat antara sekolah, komuniti, agensi kerajaan serta ibu bapa bagi memperkasakan tanggungjawab sosial bersama-sama.

Selain itu, Mohd Zaini berkata cadangan agar pegawai perhubungan sekolah (PPS) dilantik sebagai ahli ex-officio di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta rangkaian Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dapat mengukuhkan peranan PPS. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 40 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad