web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Maut Ketika Kejohanan Ragbi: Kematian Akibat Pendarahan Dalaman - Polis

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2025 4:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  — Kematian mengejut seorang pelajar berusia 16 tahun ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2025 di Ipoh, Perak semalam berpunca daripada pendarahan dalaman akibat koyakan pada otot pelvis.

Mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika menyertai kejohanan yang berlangsung di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati kematian berpunca daripada pendarahan dalaman.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah exsanguination from a psoas muscle tear, iaitu pendarahan dalaman pada otot psoas di bahagian pinggul kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan awal, remaja itu rebah berhampiran khemah pasukan kira-kira jam 10.30 pagi, sebelum memulakan separuh masa kedua perlawanan antara SMS Johor dan SMS Rembau.

Seorang pembantu perubatan yang berada di lokasi mendapati mangsa menunjukkan tanda-tanda seperti sawan, dengan tubuhnya kelihatan kaku dan menggeletar. 

Usaha menyelamat (CPR) segera dilakukan apabila nadinya semakin lemah, sebelum dibawa ke HRPB.

Bagaimanapun, Muhammad Fauzan disahkan meninggal dunia pada jam 11.18 pagi.

“Tiada sebarang tanda penyakit dilaporkan sebelum perlawanan. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” tambah Abang Zainal.

Susulan tragedi, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk membatalkan baki kejohanan yang dijadualkan berlangsung sehingga esok dan tarikh baharu akan diumumkan kemudian.

Kejohanan berprestij itu menghimpunkan pasukan ragbi dari sekolah berasrama penuh seluruh negara dan diadakan di Padang Ragbi STAR, Ipoh. - Getaran, 4 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar