web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Perbaharui Lesen Memandu Lebih 3 Tahun Berisiko Tidak Layak Subsidi RON95 - Loke

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2025 5:14PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang gagal memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) lebih daripada tiga tahun berisiko hilang kelayakan menerima subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan terdapat 2.4 juta pemegang CDL berada dalam status tidak aktif, iaitu telah tamat tempoh melebihi tiga tahun.

"Daripada lebih kurang 15 juta lesen memandu yang masih aktif, sebanyak 925,421 telah tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke berkata daripada jumlah itu, sebanyak 551,688 lesen tamat tempoh kurang setahun, 219,092 (antara satu hingga dua tahun) dan 154,641 (antara dua hingga tiga tahun).

Beliau berkata pemegang CDL yang gagal memperbaharui lesen melebihi tiga tahun akan disekat secara automatik melalui sistem Kementerian Kewangan.

"Apa yang saya ingin tekankan ialah kira-kira 925,000 pemegang lesen ini, walaupun masih dalam tempoh aktif tetapi tidak diperbaharui, perlu segera memperbaharui lesen, khususnya mereka yang hampir mencecah tiga tahun.

"Lebih 154,000 orang yang tidak memperbaharui lesen hampir tiga tahun tidak layak menerima subsidi RON95 secara automatik kerana apabila lesen tidak sah, ia akan terus disekat melalui sistem MOF," katanya.

Loke berkata pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun disaran segera memperbaharui lesen bagi mengelakkan mereka diwajibkan menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03).

Beliau berkata sejak pengumuman berkaitan BUDI95 pada 22 September  lalu, JPJ merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan CDL menerusi pelbagai saluran termasuk aplikasi MyJPJ, mySikap, kios dan kaunter JPJ di seluruh negara.

Loke turut mengingatkan orang ramai agar menyemak tarikh tamat tempoh CDL masing-masing dan memperbaharui segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu mengumumkan harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan.

Bagi bukan warganegara, harga RON95 ditetapkan pada RM2.60 seliter bermula tarikh sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 3 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar