web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asia Pikul Amanah, Pastikan Aturan Baharu Ekonomi Tak Bawa Perpecahan - PM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2025 5:43PM

Perdana Menteri ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, China pagi tadi - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rantau Asia memikul amanah untuk memastikan aturan baharu ekonomi tidak membawa perpecahan, sebaliknya membina kemakmuran bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selaras dengan peranan Asia sebagai rantau yang kini memacu pertumbuhan global.

Menurut beliau, perpecahan yang berlaku bukan ditakdirkan, dan pemimpin boleh memilih jambatan atau membina tembok, memilih kerjasama atau persaingan sempit.

“Jika semangat ini kita teguhkan, Asia akan melangkah ke hadapan dengan bermaruah, kekal berpendirian namun terbuka antara satu sama lain. 

“Di situlah lahir kekuatan kita, dan di situlah kita memperteguh Asia di persada dunia,” katanya. 

Gambar PMO
Gambar PMO

Jelas Perdana Menteri, beliau ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin pagi tadi telah berkongsi tentang kepercayaan yang terbina antara Malaysia dan China sejak setengah abad lalu.

“Saya turut menyinggung soal kegawatan ekonomi dunia ketika ini, juga tentang hikmah sejarah yang mengingatkan kita bahawa konflik adalah pilihan.

“Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, setiap pertemuan bersama Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan.

“Daripada asas inilah lahir kerjasama merangkumi projek infrastruktur yang menghubungkan ekonomi, kerjasama tenaga hijau dan ekonomi digital, malah kemudahan perjalanan antara rakyat kedua-dua negara. “Dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, keikhlasan persahabatan ini menjadi sesuatu yang amat berharga,” katanya.

Tegas Anwar, dunia hari ini berdepan situasi yang menjadikan kedudukannya kian goyah dan ia memberi impak secara langsung kepada semua pihak. 

“Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan.

“Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua,” katanya. 

Gambar PMO
Gambar PMO

Malaysia jelas beliau, menawarkan jalan berbeza, yakni kedaulatan dalam kebergantungan, dan ia tidak bermaksud harus tunduk kepada orang lain, sebaliknya seni untuk berdiri teguh tanpa perpecahan. 

“Negara boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama.

“Inilah semangat harmony without uniformity yang sudah lama berakar di Asia,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, pelayaran Laksamana Zheng He dan falsafah hé ér bù tóng mengajar bahawa tamadun mampu memperkayakan antara satu sama lain tanpa menghilangkan identiti. 

“Kedaulatan dalam kebergantungan adalah terjemahan moden kepada semangat itu,” katanya. 

Usai syarahan, Anwar turut dihadiahkan cenderamata iaitu replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900. 

Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di China bagi lawatan rasmi selama empat hari.

Lawatan itu juga bagi memenuhi jemputan Jinping, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung hari ini. - Getaran, 1 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad