web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Warga Bangladesh Didakwa Sokong, Simpan Simbol Berkait IS

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2025 2:12PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyokong aktiviti dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Tertuduh pertama, Md Mamun Ali, 31, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas is melalui  aplikasi media sosial Facebook menggunakan akaun bernama Sahifulla Islam antara 28 Julai 2023 hingga 30 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara hingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh kedua Md Refat Bishat, 27, didakwa memiliki satu gambar bendera kumpulan pengganas IS dalam telefon bimbit jenis Honor X6a pada 10 Julai 2025 di sebuah rumah di Larkin Industrial Estate, pada kira-kira 4.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1) (a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda dan pelucuthakan barangan terbabit, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadap Mamun dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Ab Manaff, manakala kes Refat olen Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan, sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 12 September untuk sebutan semula bagi pelantikan jurubahasa memandangkan kedua-duanya hanya memahami sedikit bahasa Melayu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad