web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PD Berpotensi Sebagai Lokasi Baharu Pendaratan Penyu Bertelur

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2025 6:23PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Port Dickson mempunyai potensi dijadikan sebagai lokasi baharu pendaratan penyu bertelur di sepanjang pantai Lukut hingga Tanjung Tuan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pinaknya juga bercadang menggazet beberapa tempat di sepanjang pantai itu sebagai lokasi pendaratan penyu.

"Setakat ini, sebanyak lapan sarang dikenal pasti sebagai lokasi penyu bertelur. Pendaratan penyu di sini juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan baharu.

"Kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan negeri sedang berbincang mengenainya (gazet kawasan pendaratan penyu). Kita akan mencari kaedah sesuai, termasuk pemeliharaan dan keselamatan penyu itu sendiri semasa naik bersarang kerana kita tidak mahu haiwan ini diganggu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pemulihan Biodiversiti Marin Port Dickson, Pantai Tanjung Biru yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Kassim Tawe.

Jalaluddin merangkap Exco Kanan kerajaan negeri itu berkata sebanyak 991 telur penyu dipungut dan dieram untuk tujuan konservasi, setakat bulan ini.

Beliau berkata terdapat dua spesies penyu yang mendarat dan bertelur iaitu Penyu Karah dan Penyu Agar, sekitar Mac hingga Oktober dan kemuncaknya pada Jun.

Selain itu beliau berkata Port Dickson juga terkenal sebagai lokasi aktiviti selam kerana terdapat pelbagai terumbu karang yang cantik dan spesies hidupan marin, termasuk ikan karang, tumbuhan akuatik (latok), penyu dan mamalia akuatik, terutamanya di Tanjung Tuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad