web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2026 4:02PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Walaupun usia menghampiri tujuh dekad, Lim Kee Yong masih bersemangat untuk terus menghidupkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di kampungnya di Pekan Pengkalan Kempas dekat sini.

Kee Yong, 69, berkata perasaan teruja untuk membuat persiapan masih kekal seperti zaman muda dengan menghias rumah serta kawasan sekitar pekan setiap kali menjelang sambutan perayaan itu.

Tinjauan Bernama mendapati warga emas itu tekun menyiapkan pelbagai hiasan di sekitar premis perniagaannya termasuk menggantung dekorasi dan lampu tanglung selain melukis mural pada dinding tepi kedai mengikut tema serta simbol haiwan tahun perayaan.

"Tahun lepas saya melukis ular disebabkan ia Tahun Ular. Kali ini ialah Tahun Kuda, jadi saya mengecat semula dinding dengan warna putih sebelum melukis gambar kuda. Begitulah setiap tahun.

"Ini tahun keempat saya melukis mural di sini dan membuat hiasan raya tanpa bayaran cuma barang hiasan dan peralatan melukis akan diminta daripada persatuan keceriaan kampung," katanya kepada Bernama.

Kee Yong yang menetap di kampung itu lebih 40 tahun lepas berkata selain lukisan mural, tanglung dan pokok bunga hiasan turut menceriakan pekan lama yang berusia lebih 200 tahun itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan Pelancongan Pengkalan Kempas David Ng, 50, berkata hampir RM10,000 dibelanjakan setiap tahun untuk menghias kawasan tersebut sempena Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata perbelanjaan bagi menampung pelbagai aktiviti untuk menceriakan seluruh kampung yang mempunyai kira-kira 130 penduduk itu menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai.

"Setiap kali perayaan, kampung ini meriah dengan kepulangan anak-anak yang bekerja di bandar," katanya.

Ng berkata usaha menceriakan kampung menjadi keutamaan memandangkan Pengkalan Kempas sentiasa menjadi tumpuan peminat aktiviti memancing, khususnya pemancing udang galah.

Selain itu, inisiatif tersebut juga menyemai semangat perpaduan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan penduduk untuk memastikan kampung sentiasa indah, selesa dan harmoni. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dilanggar 3  Kenderaan Di Lebuhraya SPDH

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad