web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Dilanggar 3  Kenderaan Di Lebuhraya SPDH

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2025 4:35PM

Gambar IPD Port Dickson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas dilanggar tiga kenderaan dalam insiden di Kilometer 29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson,  Superintenden Maslan Udin berkata mangsa menunggang motosikal jenis SYM BX110 dari arah Seremban menuju ke Port Dickson sebelum dilanggar sebuah Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah belakang pada 6.15 pagi.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar dua lagi kenderaan iaitu Nissan Grand Livina yang dipandu wanita berusia 32 tahun dan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 36 tahun, yang datang dari arah sama.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayatnya kemudian di bawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Maslan berkata semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke lbu Pejabat Polis Daerah Port Dickson sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Senawang bagi pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad