web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Belanda Maut Ketika Meneroka Gua Kepayang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2025 5:09PM

Mayat mangsa terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter - Gambar JBPM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang wanita warga Belanda maut ketika menyertai aktiviti meneroka secara berkumpulan di Gua Kepayang, Trail Keniam-Terenggan, Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, mangsa, Pommelien Catharina Maria Meijs, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas enam jam memulakan aktiviti tersebut bersama 16 individu lain dari pelbagai negara termasuk pemandu pelancong.

Beliau berkata pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Tahan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan dan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan kecemasan kira-kira 7 pagi.

"Pasukan SAR mengambil masa tiga hingga ke empat jam untuk sampai ke lokasi. Bagaimanapun, operasi membawa mangsa keluar tidak dapat dapat diteruskan kerana trek berlumpur, licin dan cuaca tidak mengizinkan selain bentuk muka bumi yang berbukit-bukau.

"Operasi SAR terpaksa dihentikan sekitar 6 petang dan disambung hari ini menggunakan helikopter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan SAR membuat pembersihan kawasan seluas 9.1 meter x 9.1 meter persegi untuk persediaan mengangkat mangsa di lokasi tersebut bagi dibawa ke Padang FA Jerantut.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis Jerantut pada 11.26 pagi dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad