web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Ingatkan Kebakaran Cuma CGI, Rupanya Berlaku Dekat Dengan Rumah’ - Penduduk Penduduk Putra Heights

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2025 6:07PM

Siti Noor Lianna Misli dan suaminya, Daeng Amir Hamzah - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penduduk Putra Heights tidak menyangka insiden kebakaran saluran paip gas yang mengakibatkan api menjulang setinggi 20 tingkat itu berlaku hanya kurang 100 meter dari rumahnya, sehingga menyangka ia hanyalah visual yang dijana komputer.

Siti Noor Lianna Misli, 48, berkata suaminya Daeng Amir Hamzah menunjukkan video tular berkaitan kejadian ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung di Melaka sempena Aidilfitri, namun dia pada awalnya menganggapnya sebagai palsu.

"Laporan berita pada awalnya sebut di stesen minyak Petronas di Puchong, tetapi apabila kami lihat kemudian, amat memilukan kerana sangat dekat dengan rumah kami," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Siti Noor Lianna yang pulang ke rumahnya untuk mengambil dokumen penting dan komputer riba bagi tujuan bekerja berkata dia belum dapat memastikan kerugian dialami akibat insiden itu.

"Berdasarkan pemantauan awal, siling rumah saya telah runtuh dan tingkap bilik air pecah, manakala kereta rosak sepenuhnya kerana cair akibat kebakaran itu," katanya.

Siti Noor Lianna turut berharap kerajaan dapat mempercepat bantuan pemulihan agar penduduk dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Kebimbangan utama, katanya adalah terhadap keselamatan rumah dan keperluan untuk berpindah sementara ke kediaman sewa kerana pinjaman perumahan masih belum selesai.

"Selain kerugian harta benda, kami juga menghadapi kesan emosi dan perlu menguruskan anak-anak," katanya yang meminta bantuan ibu mentua untuk menjaga anak-anaknya buat sementara waktu.

Mengulas aspek keselamatan saluran gas, Siti Noor Lianna berkata pengalaman menetap di United Kingdom meyakinkannya bahawa sistem saluran gas bawah tanah adalah selamat sekiranya semua garis panduan dipatuhi dan penyelenggaraan dilakukan dengan teliti.

Pada Selasa, Petronas mengesahkan kejadian kebakaran pada 8.10 pagi itu berlaku di saluran paip utama milik Petronas Gas Berhad (PGB), yang turut mengakibatkan kawah berkedalaman 9.8 meter dan dengan keluasan kira-kira 21 x 24 meter di lokasi kejadian.

Setakat 8 pagi, sebanyak 377 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dengan 311 orang daripada 84 keluarga di Dewan Masjid Putra Heights manakala 66 orang daripada 14 keluarga di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia).

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah mangsa yang dirawat kekal seperti semalam dengan 31 individu menerima rawatan di hospital awam di Putrajaya, Serdang, Klang dan Kuala Lumpur manakala 33 lagi di hospital swasta.

Tiada kematian dilaporkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Kebakaran Di Putra Heights Terima Kunci Rumah Sementara Rabu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Ibu Cedera Tumit, Lutut, Anak Melecur Ketika Selamatkan Diri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Warga Pakistan Terima  Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad