web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Libatkan Kebocoran Saluran Paip Gas Sepanjang 500 Meter - Bomba Selangor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2025 2:18PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Kebakaran di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor di sini pagi ini melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, tujuh mangsa, termasuk dua warga tempatan diselamatkan dalam kejadian terbabit.

Beliau berkata seramai 78 anggota bomba dengan 22 aset, termasuk 10 jentera Fire Rescue Tender (FRT), empat unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS), lima unit Water Tanker dan masing-masing satu unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), unit BA Tanker dan unit ALP dikerahkan ke lokasi.

"Berikutan lokasi kejadian berhampiran kawasan perumahan, operasi evakuasi dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Razali berkata setakat ini tujuh mangsa diselamatkan namun jumlah sebenar yang terlibat serta tahap kemerebakan api di kawasan perumahan masih dalam siasatan.

Beliau berkata walaupun pihak Petronas sudah menutup injap saluran paip yang terbakar, lokasi sebenar penutupan mash belum dikenal pasti.

"Kebakaran ini turut menjejaskan beberapa rumah berhampiran, meningkatkan risiko kepada penduduk," katanya.

Wan Razali berkata operasi pemadaman masih diteruskan dan pihaknya akan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad