web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkongsian Strategik Komprehensif Berjaya Kukuhkan Hubungan Malaysia, Vietnam - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2025 1:04PM

Anwar Ibrahim bersalaman dengan Pham Minh Chinh pada pertemuan pagi tadi - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Vietnam berjaya memainkan peranan untuk mengukuhkan hubungan kedua negara. 

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkongsian berkenaan bukan sekadar komitmen di atas kertas, tetapi satu komitmen untuk menyemarak kerjasama dalam pelbagai sektor utama.

Menurut beliau, ia meliputi sektor seperti perdagangan, pelaburan, tenaga hijau, teknologi digital, dan keselamatan serantau.

“Kita menyaksikan pertumbuhan perdagangan yang stabil, tetapi kita tidak boleh lekas berpuas hati. 

“Malaysia melihat potensi besar dalam industri semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), dan ekonomi digital, dan kami bersedia untuk mempercepatkan integrasi rantaian bekalan antara kedua-dua negara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. 

Anwar memberitahu, perkara tersebut adalah antara agenda perbincangan Ini antara perbincangan semasa sesi sarapan bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh awal pagi tadi. 

Jelas Perdana Menteri, pelabur Malaysia telah memainkan peranan penting dalam landskap ekonomi Vietnam, dan pimpinan kedua-dua megara mahu melihat lebih banyak projek berimpak tinggi diterajui bersama.

“Dalam sektor tenaga, Malaysia telah secara serius dalam melabur dalam tenaga hijau, termasuk projek tenaga berasaskan angin di selatan Vietnam dan inisiatif besar seperti kerjasama Gentari-PETROVIETNAM. 

“Ia adalah cerminan langkah strategik untuk memperkukuh keselamatan tenaga serantau dan memastikan peralihan yang lebih lestari,” katanya. 

Beliau menarik menarik perhatian, PETRONAS dan Petrovietnam akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh diperbaharui.

Khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, Anwar berkata, syarikat minyak kedua-dua negara sedang giat menggerakkan kerjasama dalam penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia. 

“Inisiatif ini selari dengan aspirasi ASEAN Power Grid (APG) yang bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga di rantau ASEAN melalui integrasi infrastruktur tenaga.

“Di peringkat serantau, Malaysia menegaskan kepentingan mengekalkan kestabilan di Laut China Selatan, memastikan pematuhan kepada undang-undang antarabangsa, dan mempercepatkan rundingan mengenai Kod Tata Laku (COC),” katanya. 

Dalam perkembangan lain, ketika menyentuh isu Myanmar, Anwar berkata, kedua-dua negara bersepakat untuk mendesak kemajuan yang nyata dan mampan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) bagi mengelakkan krisis tersebut daripada terus memburuk.

“Malaysia percaya bahawa hubungan yang kukuh antara negara serantau adalah kunci kepada kestabilan dan kemakmuran bersama. 

“Kita tidak boleh sekadar melihat ke belakang, tetapi perlu melangkah ke hadapan dengan strategi perencanaan yang jelas dan tindakan yang memberi dampak positif yang nyata kepada rakyat dan ekonomi negara,” katanya. 

Perdana Menteri berada di Vietnam bagi lawatan rasmi selama dua hari. - Getaran, 26 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran