web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2024 7:20PM

Razarudin Husain (tengah) ketika melawat IPK Pahang, diiringi Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (kiri) dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin (kanan) - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 171 individu ditahan selepas polis menyerbu 20 rumah amal yang terletak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata menerusi Op Global yang dijalankan sekitar 6 hingga 11 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 wanita yang bertugas sebagai penjaga, ustaz dan pengerusi rumah amal berkenaan, yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 hingga 64 tahun.

Susulan penahanan itu, beliau berkata pihaknya telah menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun, yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

"Kanak-kanak yang diselamatkan ini kita akan saring kesihatan dan buat dokumentasi dan dijangka mengambil masa sehingga 14 hari, kerana melibatkan individu yang ramai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Razarudin berkata daripada maklumat risikan yang diterima, mangsa diajar untuk meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Selain itu, beliau berkata mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal, selain suspek menggunakan objek panas bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan.

"Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan, selain mereka juga menyentuh tubuh badan mangsa dengan alasan rawatan Islam.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak ini bukan anak yatim, bila lahir sahaja sampai umur setahun atau dua tahun mereka akan diletakkan di rumah amal itu dengan pengetahuan ibu bapa. Kegiatan mendoktrinkan kanak-kanak menggunakan pendekatan agama adalah satu perkara yang tidak baik," katanya.

Razarudin juga tidak menolak kemungkinan kes kematian turut berlaku angkara kegiatan sindiket itu, namun akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara berkenaan selain memaklumkan bermula tahun 2011 sehingga 7 September, lebih 40 laporan polis telah dibuat terhadap syarikat itu.

"Ada bekas ahli yang membuat laporan namun diugut sehingga mereka menarik balik laporan berkenaan," katanya menambah tiada mana-mana parti politik terlibat dengan kegiatan syarikat tersebut buat masa ini.

Razarudin berkata kes berkenaan disiasat antaranya mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (792), Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Terdahulu, enam individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan di Negeri Sembilan, selepas polis menerima laporan berhubung syarikat itu bermula 2 September.

Op Global yang melibatkan lebih 700 anggota dan pegawai polis itu, dibantu agensi lain antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia Malaysia.

Sementara itu, Razarudin memaklumkan sebanyak 10 laporan polis turut dibuat terhadap Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) sejak 25 Ogos hingga 7 September. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad