web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 11:47AM

Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan semalam dilaporkan berkata mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira 6 petang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Menurut Hussein, susulan itu pihaknya telah menahan teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran