web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2025 8:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jasad mendiang Yap Shing Xuen, 16 tahun, yang maut ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya selamat disemadikan selepas menjalani upacara pembakaran di Krematorium Nirvana Memorial Park di sini petang tadi. 

Terdahulu, kenderaan khas yang membawa jasad mendiang tiba di perkarangan krematorium sekitar 12.20 tengah hari, disambut dengan tangisan ahli keluarga dan rakan-rakan rapat mendiang.

Lebih 100 individu, termasuk ahli keluarga, rakan sekolah serta kakitangan sekolah mendiang, hadir untuk memberi penghormatan terakhir sebelum proses pembakaran dijalankan.

Sebelum itu, satu upacara penghormatan terakhir telah diadakan di Nirvana Centre di sini  bermula kira-kira 9.30 pagi, sebelum jasad dibawa ke Shah Alam bagi menjalani upacara adat seterusnya.

Getaran difahamkan, proses pembakaran dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sebagai tanda kasih dan kenangan, 100 belon berwarna biru dan putih iaiti warna kegemaran mendiang Shing Xuen telah dilepaskan ke langit sebagai simbol restu dan ingatan terhadap remaja terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat  berkata, pihaknya akan membuat permohonan agar tempoh tahanan reman suspek dilanjutkan.

Menurut beliau, suspek berusia berusia 14 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, selepas tempoh reman dikenakan ke atasnya sebelum ini berakhir. 

“Polis telah merakam keterangan 148 bagi membantu siasatan setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Rabu ini untuk arahan lanjut.

Rabu lepas, Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha memerintahkan supaya suspek yang juga pelajar di sekolah sama dengan mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mendiang Shing Xuen maut selepas ditikam bertubi-tubi dengan dua jenis senjata, Selasa lalu. - Getaran, 20 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad