web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2025 6:20PM

Rusdi Mohd Isa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM118 juta menerusi 5,783 tangkapan yang dilakukan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata jumlah itu meningkat tujuh kali ganda berbanding nilai rampasan dalam tempoh sama tahun lepas iaitu RM19.3 juta nilai dadah dengan 5,977 tangkapan.

"Malah ia turut melebihi nilai rampasan dadah sepanjang tahun lepas iaitu RM112.8 juta melibatkan 21,544 orang tangkapan.

"...tetapi kita tak boleh terus rasa berpuas hati dengan pencapaian ini, sebab kalau boleh, kita nak banteras dadah ini semaksimum mungkin," katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua JSJN Kuala Lumpur yang baharu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkepli Hashim dengan pemangku Ketua JSJN Kuala Lumpur Superintendan Mohamad Alpiyang Ali yang memangku jawatan tersebut sejak 6 Januari lepas.

"Diharap dengan pengalaman ACP Zulkepli Hashim sebagai Ketua JSJN di Sabah dapat membanteras jenayah narkotik dengan lebih berkesan di kota metropolitan ini," katanya ketika berucap pada majlis itu yang diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran