web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 4:39PM

Keadaan sebuah restoran nasi kandar di Bangsar yang musnah 70 peratus dalam kebakaran pagi tadi - gambar JBPM Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kebakaran yang berlaku ke atas sebuah restoran nasi kandar di Bangsar di sini terlebih dahulu dilaporkan beberapa netizen di X.

Mereka mendakwa mendengar bunyi letupan, sebelum diikuti kepulan asap tebal.

Seorang netizen, babu_ajah yang menggunakan akaun @_kimmhazz turut memuat naik video kebakaran berkenaan.

“Kebakaran di Nasi Kandar Utara Bangsar top view. Pukul 1140am nasib belum lunch hour. 

“Tukang masak melecur. Punca tong gas leaking katanya,” katanya menerusi ciapan.

Dalam insiden tersebut, seorang lelaki dipercayai pekerja kedai berusia 45 tahun melecur 80 peratus dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.44 pagi.

Menurut beliau, enam jentera bomba dengan kekuatan 44 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, Pantai, Jalan Hang Tuah dan Sri Hartamas segera ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Anggota kami tiba di lokasi pada jam 11.51 pagi dan terus memulakan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan sebuah premis restoran nasi kandar berkeluasan 4,000 kaki persegi yang 70 peratus musnah,” katanya.

Jurucakap tersebut memberitahu, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad