web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerbangan dua hala antara Batam - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Batam yang dilancarkan syarikat penerbangan Batik Air empat hari lalu diyakini mampu merancakkan industri pelancongan kedua negara, selepas sekian lama terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, laluan terbaru Batik Air itu adalah strategi pihaknya yang sedang berada di landasan tepat untuk mengembangkan operasi syarikat terbabit.

Menurut beliau, langkah berkenaan juga adalah batu loncatan untuk Batik Air menembusi pasaran serantau, selaras dengan 53 destinasi penerbangan setakat ini, merentasi 22 negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Penerbangan ke Batam ini bakal beroperasi tiga kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 737.

“Destinasi baharu ini adalah bukti komitmen Batik Air untuk mengukuhkan kedudukan di Asia Tenggara dan pada masa sama, memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Hang Nadim, Pikri Ilham Kurniansyah berkata, kerjasama dengan Batik Air ini sememangnya amat mengujakan.

Katanya, Batam sering menjadi pilihan pelancong Malaysia selain Singapura, kerana jarak perjalanan yang dekat dan persamaan ketara antara kedua-dua negara.

“Inisiatif oleh Batik Air ini amat dihargai dan walaupun baru dilancarkan, sambutan diterima amat menggalakkan.

“Batik Air menjadi pilihan kerana ia berpotensi membantu Lapangan Terbang Hang Nadim memperluaskan operasi,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad