web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Rose, Kumpulan K-indie Singgah Di Malaysia Sempena Konsert Dawn To Dusk  

Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi persinggahan siri jelajah di Asia Tenggara, selain beberapa bandar di Amerika Utara, Eropah dan Asia

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 12:40PM

gambar Lo-Fi Entertainment 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik kepada peminat kumpulan indie Korea Selatan terkenal, The Rose.  Kumpulan yang dianggotai oleh Kim Woosung (vokal/gitar), Park Dojoon (keyboard/vokal), Lee Hajoon (dram) dan Lee Jaehyeong (bass) akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert The Rose Dawn to Dusk Tour.

Konsert yang dibawakan oleh Lo-Fi Entertainment itu dijadualkan  berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 31 Januari ini pada jam 8.30 malam. 

Kuala Lumpur adalah antara lokasi persinggahan siri jelajah konsert  itu di Asia Tenggara, selain beberapa bandar di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sepanjang siri jelajah itu, The Rose akan menghiburkan peminat mereka yang dikenali sebagai 'Black Roses' dengan rangkaian lagu-lagu hit seperti Back To Me, Red, She's In The Rain dan single sulung, Sorry yang melonjakkan nama kumpulan itu pada 2017.

Anggota The Rose yang bertemu menerusi acara busking di Seoul itu bergerak di bawah label mereka sendiri iaitu Windfall dengan kerjasama Transparent Arts.  Populariti The Rose bukan setakat kepada kumpulan sahaja, malah setiap anggota mencipta kejayaan tersendiri dalam industri seni. 

Woosung pernah berkolaborasi dengan mendiang Ryuichi Sakamoto dan Agust D atau Suga BTS untuk lagu Snooze. Malah, Woosung juga pernah meminjamkan suaranya untuk siri animasi diketuai Ali Wong, manakala Dojoon, Hajoon dan Jaehyeong pula pernah muncul dalam beberapa K-drama dan siri web.

Selepas bermain Lollapalooza di Chicago, Sweden, Brazil, Chile dan Argentina, serta Festival Jazz Montreux di Switzerland dan BST Hyde Park di England, kumpulan itu telah dinobatkan sebagai Band of the Year di Prêmio Annual K4US Brazil pada 2022.

Setakat ini, The Rose sudah mengeluarkan dua album studio berjudul Heal dan Dual, dua EP Void dan Dawn, satu album berjudul Red, selain pelbagai single yang mencatatkan rekod dalam carta teratas global.

Jualan tiket untuk konsert The Rose Dawn to Dusk Tour di Kuala Lumpur 2024 akan bermula pada 6 Januari ini menerusi www.ticketingtix.com. Tiket-tiket dijual pada harga RM298 (CAT 3), RM498 (CAT 2), RM598 (CAT 1), dan RM898 (VIP). 300 pembeli pertama tiket VIP, akan mendapat peluang kemasukan awal pengalaman soundcheck, sesi temubual, lanyard rasmi, poster, pek pick gitar The Rose dan sampel wangian terbaharu kumpulan ini, Black Rose.

Selain kategori tiket di atas, anda juga boleh mendapatkan tiket VVIP dan VVVIP di aplikasi The Rosarium. – Getaran, 4 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN