web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pokok Tumbang Ragut Nyawa Wanita Warga Emas

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 9:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejadian angin kencang yang melanda di sekitar Pulai di Baling, Kedah pada petang Jumaat lalu membawa juga berita duka kepada keluarga seorang wanita warga emas, selepas dia maut dihempap pokok tumbang.

Laporan media menyatakan, mangsa, Rafiah Zakaria, yang berusia 86 tahun dan menetap di sebuah kawasan perumahan di hadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, Kupang, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat yang dipetik media, berkata hujan lebat dan angin kencang yang berlaku kira-kira jam 3 petang dengan hujan berterusan sehingga jam 3.40 petang.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai seorang mangsa dihempap pokok tumbang berhampiran kawasan rumah sebelum pegawainya ke lokasi.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan selepas pokok yang tumbang dipotong dan dibersihkan pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Getaran, 28 April 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di Jalan Kupang Baling, Kedah pada petang Jumaat. Mangsa, wanita berumur 84 tahun, meninggal di tempat kejadian setelah dihempap sebuah pokok yang tumbang. - 26 April 2024 #getaranmy #semasa ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM