web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2025 3:22PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  – Ahli perniagaan yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atas bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Albert Tei direman enam hari mulai hari ini.

Reman itu bagi membantu siasatan berkaitan satu klip video yang memaparkan perbualannya dengan seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Hujah SPRM, kes tersebut melibatkan elemen kepentingan awam yang jelas dan penyiasat memerlukan masa  mencukupi untuk mendapatkan bukti serta merakam kenyataan daripada individu berkaitan.

Suruhanjaya itu berhujah, perintah reman adalah perlu untuk memastikan proses siasatan dijalankan secara lengkap dan tanpa gangguan.

Walaupun terdapat bantahan daripada peguam yang mewakili kedua-dua suspek, Fatin Muneerah meluluskan perintah reman selama enam hari, berkuat kuasa sehingga 4 Disember 2025. 

Mahkamah berpendapat tempoh tersebut penting bagi membolehkan SPRM menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kes itu.

Perkara tersebut disahkan peguam Tei, Mahajoth Singh ketika ditemui di luar mahkamah.

Terdahulu, Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing bersama bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, dibawa menaiki van SPRM ke Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman.

Bagaimanapun, permohonan reman terhadap Shamsul Iskandar hanya selesai kemudian, dengan mahkamah turut membenarkan reman selama enam hari.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata Tei ditahan kerana beliau merupakan individu utama dalam siasatan berkaitan dakwaan melibatkan Shamsul Iskandar.

Azam memaklumkan, SPRM telah menyerahkan notis di bawah Seksyen 28A(9) Kanun Tatacara Jenayah kepada Tei, yang membolehkan pihak penyiasat menafikan hak suspek untuk berkomunikasi dengan peguam atau mana-mana individu lain sepanjang tempoh siasatan.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional dan adil mengikut undang-undang serta mengarahkan pegawainya untuk kekal fokus dan menyelesaikan siasatan dalam tempoh seminggu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berhubung dengan permintaan atau penerimaan suapan oleh seorang ejen. 

Perintah reman terhadap Shamsul dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009, susulan klip video yang memaparkan perbualan antara Sofia dan Tei. 

Seksyen berkenaan melibatkan kesalahan meminta, menerima atau bersetuju menerima suapan, serta kesalahan memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Peguam Shamsul, Yusmadi Yusoff berkata keputusan reman enam hari itu turut mengambil kira keperluan anak guamnya untuk mendapatkan rawatan bagi beberapa masalah kesihatan.

Sofia Rini pula direman empat hari bermula semalam hingga Isnin. 

Sementara itu, sumber SPRM berkata, suruhanjaya berkenaan sedang mempercepatkan siasatan kes tersebut.

“Siasatan kes ini diberi keutamaan, dan dapatan dijangka dirujuk segera kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). 

“Pertuduhan dijangka dibuat sekiranya bukti dan kenyataan yang diperoleh memenuhi keperluan pendakwaan,” katanya. - Getaran, 29 November 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar