web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 12:15PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan mengeluarkan titah diraja yang membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Hakim Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh menolak permohonan Najib selepas mempertimbangkan afidavit sokongan yang difailkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Amarjeet berkata afidavit tersebut berdasarkan khabar angin kerana tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan itu.

Pada April, Najib memfailkan semakan kehakiman untuk mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari yang dikeluarkan oleh bekas Yang di-Pertuan Agong.

Dalam permohonan itu, Najib mendakwa beliau menerima pengesahan pada 12 Februari mengenai kewujudan "perintah tambahan" yang membenarkannya menjalani hukuman penjara yang dikurangkan di rumah dan bukannya di Penjara Kajang.

Najib mendakwa titah adendum itu tidak diumumkan oleh Lembaga Pengampunan pada 2 Februari dan kerajaan tidak jujur kerana tidak melaksanakan dekri tambahan itu.

Beliau ingin mahkamah memaksa kerajaan melaksanakan dekri tambahan itu untuk menempatkannya di bawah tahanan rumah.

Pada 29 Januari, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Al Sultan Abdullah Al Mustafa Billah Shah mengurangkan hukuman penjara Najib kepada enam tahun atas penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan amanah serta mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib kini menjalani hukumannya di Penjara Kajang.

Peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah yang mereka akan merayu keputusan hari ini. – Getaran, 3 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Fail Permohonan Di Mahkamah Rayuan Cabar Kewujudan Titah Adendum

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Makluman Derma Akan Dimasukkan Ke Akaun Najib - Zeti

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad