web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Makluman Derma Akan Dimasukkan Ke Akaun Najib - Zeti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 8:17PM

Zeti Aziz - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu.

Zeti, 76, berkata Cheah Tek Kuang telah mengunjunginya di BNM pada 28 Jan 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu Perdana Menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan bahawa akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).

Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 berkata walaupun akaun itu dikodkan sebagai “AmPrivate Banking – MR” untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.

“Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.

“Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada Timbalan Gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Feb 2011 kepada Najib,” kata beliau.

Zeti berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank - gambar fail
Tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank - gambar fail

Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.

“Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.

“Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad