web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 6:04PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian langgar sehingga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, memfailkan permohonan jaminan agar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan kesnya.

Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan memfailkan permohonan itu pada 3 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya.

Peguam Jacky Loi Yap Loong yang mewakili Mohd Nazri ketika dihubungi memberitahu bahawa permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, semasa sebutan kes itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preetdi menetapkan 1 Ogos ini bagi sebutan semula permohonan jaminan terbabit dan turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan hujahan masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chi Chau dan Lim Jin Wen.

Turut hadir, peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid.

Pada 14 Mei lepas, Mohd Nazi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, dan Hakim Bhupindar Singh menetapkan perbicaraan kes itu selama 30 hari bermula 4 Nov ini hingga 17 Januari tahun depan.

Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

2

TARA 3 tahun yang lalu

Terkait Isu 'Scammer', Akhirnya Jacqueline Fernandez Dibenarkan Ikat Jamin

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Sementara Rayuan Didengar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad