web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak: Kerani Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Sementara Rayuan Didengar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 12:49PM

Ke Ting (baju kurung biru) dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Sam Ke Ting, 27, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah hari ini juga membenarkan permohonan Ke Ting yang memakai baju kurung biru itu untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Ke Ting turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.

Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Panel tiga hakim itu membenarkan permohonan Sam yang hadir ke mahkamah dengan tangan bergari, selepas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup tidak membantah permohonan berkenaan.

Manoj berkata pihaknya tidak membantah permohonan kerana kes itu berkepentingan awam selain mengakui pemohon (Sam) tidak akan melarikan diri.

Ravinthran kemudiannya membenarkan permohonan kebenaran untuk merayu, dan rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

“Kami telah berbincang dan pemohon (Sam) dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin," kata Ravinthran dalam keputusan sebulat suara itu.

Muhammad Faizal Mokhtar - Gambar oleh Syeda Imran
Muhammad Faizal Mokhtar - Gambar oleh Syeda Imran

Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili Sam untuk meminda notis rayuan dengan memasukkan persoalan undang-undang dalam notis berkenaan. 

Muhammad Faizal berkata permohonan itu dibuat berikutan beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan nota prosiding Mahkamah Tinggi berhubung kes itu kerana kesuntukan masa.

"Permohonan untuk kebenaran merayu difailkan pada Khamis (14 April) bersama dua afidavit sokongan. Disebabkan Johor cuti pada Jumaat, saya mengalami kesukaran berhubung dengan mahkamah. Oleh sebab itu, saya tidak sempat untuk mendapatkan nota prosiding daripada mahkamah," katanya.

Menurut peguam itu terdapat enam persoalan undang-undang yang perlu dijawab termasuk sama ada keterangan tidak bersumpah oleh Sam boleh diterima sebagai penjelasan kepada pembelaannya dan sama ada wujud beban atas wanita itu bagi membuktikan tanggungjawab untuk memandu dengan lebih berhati-hati berbanding kumpulan basikal yang menghalang laluan utama.

Muhammad Faizal dalam hujahan penangguhan pelaksanaan hukuman dan rayuan berhubung jaminan berkata berdasarkan rekod mahkamah, anak guamnya hadir pada setiap kali perbicaraan dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

"Pemohon (Sam) yang bekerja sebagai kerani sebelum ini diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin oleh mahkamah." katanya.

Di awal prosiding, panel tiga hakim itu membenarkan permohonan Majlis Peguam yang diwakili peguam Ravinder Singh Dhaliwal untuk menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah), namun menolak dua lagi permohonan sama oleh MCA dan Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM).

Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Muhammad Faizal berkata anak guamnya berpesan supaya orang ramai tidak berdebat berhubung kes berkenaan dengan menimbulkan isu perkauman.

"Anak guam saya seorang yang patuh kepada kedaulatan undang-undang dan akur dengan keputusan mahkamah," kata peguam itu.

Menurut Muhammad Faizal, anak guamnya dijaga dengan baik sepanjang berada di dalam penjara selain turut berterima kasih kepada keluarga, rakan dan persatuan yang menyokong dan prihatin terhadapnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Keputusan Lepas Dan Bebas Shafee Kekal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi