web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkait Isu 'Scammer', Akhirnya Jacqueline Fernandez Dibenarkan Ikat Jamin

Seperti yang dilaporkan Asian News International (ANI), pelakon itu diminta hadir ke mahkamah Delhi di mana dia diberi ikat jamin dalam kes ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 7:04PM

Jacqueline Fernandez - Gambar Instagram Jacqueline Fernandez

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres Bollywood, Jacqueline Fernandez terpaksa keluar masuk mahkamah beberapa bulan ini kerana didakwa terlibat dengan lelaki penipu bernama Sukesh Chandrashekar.  

Bahkan namanya juga turut dikaitkan dengan kes penggubahan wang haram sebanyak IND 200 Crore (RM439,200,000.00). 

Dek itu, dia telah disoal siasat Direktorat Penguatkuasaan dan kemudian dia memohon untuk diikat jamin dengan menyatakan bahawa tidak perlu ditahan kerana siasatan sudah pun selesai. 

Dalam perkembangan terkini, Mahkamah Delhi telah membenarkan ikat jamin kepada bintang filem House 2 dan Race 3 itu.

Seperti yang dilaporkan Asian News International (ANI), pelakon itu diminta hadir ke mahkamah Delhi di mana dia diberi ikat jamin dalam kes ini. Dia datang bersama dengan barisan peguamnya.

Pada Khamis minggu lalu, mahkamah yang diketuai hakim khas Shailendra Malik dilaporkan telah menetapkan keputusan berhubung ikat jamin Jacqueline Fernandez dalam kes ini. 

Sebelum ini, Jacqueline telah dipanggil Direktorat Penguatkuasaan beberapa kali untuk siasatan. Kemudian, dia dinamakan buat kali pertama dalam kertas pertuduhan tambahan. Walau bagaimanapun, dia tidak ditangkap.

Aktres Nora Fatehi turut disiasat dalam kes ini.

Sewaktu siasatan dilakukan, gambar peribadi Jacqueline dan Sukesh telah beredar dan menjadi viral di media sosial. Dilaporkan juga bahawa aktres jelita ini telah dihadiahkan pelbagai hadiah mahal oleh Sukesh. 

Dalam perkembangan lain, Jacqueline akan membintangi filem Circus bersama Ranveer Singh dan Pooja Hegde. Dia juga adalah sebahagian daripada artis yang akan menjayakan Da Bangg- The Tour Reloaded bersama Salman Khan dan Prabu Deva di Kolkata.  – Getaran, 20 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengubahan Wang Haram RM5.59 Juta, Wan Saiful Terima 18 Pertuduhan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekas Pengurus Kewangan Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM28 Juta

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan