web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 5:44PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan, Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin masing-masing mengeluarkan waran tangkap itu terhadap Norjuma, 44, selepas wanita itu dan penjaminnya tidak muncul di kamar mahkamah walaupun namanya dipanggil beberapa kali oleh jurubahasa sejak prosiding bermula pada jam 9 pagi.

Terdahulu kelibat usahawan selebriti itu dilihat di lobi mahkamah sekitar 10.30 pagi dan gambarnya sempat dirakam jurufoto, namun dia berpatah balik ke tempat letak kenderaan dipercayai untuk mengalihkan kenderaannya.

Bagaimanapun sehingga 1 petang Norjuma tidak memasuki semula lobi mahkamah dan sehubungan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi di sini pada 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap pengawal keselamatan warga Nepal, Neupane Tika Ram, dengan menendang betis kiri pengawal itu di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields di sini pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut seksyen sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Norjuma didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh menjangkau RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, Norjuma dituduh melakukan perbuatan serupa ke atas Nur Solehah Rosl, 31, dengan menampar pipi dan mencakar tangan mangsa di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada 10.30 pagi, 18 Oktober 2021, mengikut seksyen serupa (Seksyen 323).

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Norjuma didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan dengan anggaran kerugian RM4,200 serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) anggaran kerugian RM500, milik kondominium sama pada 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind, Hamizah Hisan dan Sheryn Yong Shi Yee serta Pegawai Pendakwa Insp Shazwan Hasifi Shahrun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Usahawan Selebriti Norjuma Diisytihar Bankrap

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Clare Brown Terima Waran Tangkap

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Pengasas Sugarbook Tidak Hadir Sebutan Kes, Mahkamah Keluar Waran Tangkap

4

Semasa 5 tahun yang lalu

Tidak Hadir Sebutan Kes, Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Nur Sajat

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad