web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Clare Brown Terima Waran Tangkap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 6:02PM

Clare Rewcastle-Brown - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, kerana gagal menghadiri prosiding kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.

Majistret kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 23 November ini.

Selain Engku Ahmad, Timbalan Pendakwa Raya turut diwakili Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.

Sebelum ini, kes saman sivil Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap Brown dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman dikemukakan Sultanah Nur Zahirah pada 21 November 2018 itu membabitkan laporan berunsur fitnah, berhubung Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.

Dalam kes tersebut, Brown bersama defendan kedua, penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah menerusi penerbitan buku berkenaan pada Ogos 2018.

Buku terbabit dicetak defendan ketiga, Vinlin Press Sdn Bhd pada November 2018.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa, kenyataan berbaur fitnah itu membawa maksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa, kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 8 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran