web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Hadir Sebutan Kes, Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Nur Sajat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 12:56PM

Nur Sajat (kanan) - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang, tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah hari ini.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 Berdasarkan jadual asal, Muhammad Sajjad sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi tadi, namun hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad