web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ganja Bernilai RM5.9 Juta Dirampas, 7 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2025 6:10PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis percaya telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah jenis bunga dan daun ganja seberat 173.14 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta, dalam empat serbuan berasingan pada 3 dan 5 Oktober.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun, serta merampas dua buah kenderaan dengan nilai sitaan berjumlah RM129,000.

Beliau berkata dua lelaki dan seorang perempuan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, sebelum pemeriksaan di premis itu menemukan 115 bungkusan plastik berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 112.23kg serta 43 paket plastik berisi ketulan ganja seberat 4.72kg.

"Serbuan kedua di tepi jalan sekitar Petaling Jaya pula membawa kepada penahanan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama 12 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 12.52kg.

"Suspek berikutnya iaitu seorang lelaki dan wanita telah ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah hotel sekitar Selayang, sebelum pemeriksaan di dalam bilik berkenaan menemukan dua bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 2.1kg," katanya pada sidang media di sini hari in.

Hussein berkata tangkapan di Selayang membawa kepada rampasan 40 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 41.56kg, yang disimpan di dalam kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang dikesan bergiat aktif sejak awal September lepas itu, dipercayai menjadikan Lembah Klang sebagai lokasi pengedaran selain pasaran luar negara terutamanya negara Eropah, menggunakan mata wang Euro.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan negatif daripada sebarang jenis dadah, namun empat daripadanya masing-masing memiliki 18, lapan, enam dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya.

Hussein berkata kesemua suspek warga tempatan itu masing-masing ditahan reman antara 4 hingga 19 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

3 Maut 4 Kilang Terbakar

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Restoran Makanan Segera

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Taman Tema Akan Dipantau Rapi, Pastikan Patuh SOP - Exco

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad