web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usahawan Selebriti Norjuma Diisytihar Bankrap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 3:22PM

Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400.00 kepada Syarikat Fame Up Entertainment - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400.00 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.

Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan Syarikat berkenaan melalui peguam Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober tahun lepas.

Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, Fame Up Entertainment memohon satu perintah kebankrapan terhadap Norjuma selaku penghutang kerana gagal membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Oktober, 2021.

"Hari ini merupakan tarikh pendengaran petisyen pemiutang, tetapi Norjuma gagal hadir sebanyak tiga kali, dan Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen pemiutang," kata Hassanuddin ketika ditemui di luar mahkamah di sini hari ini.

Beliau berkata waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kuala Lumpur dan Mahkamah Shah Alam tahun lepas akan diteruskan.

Hassanuddin juga berharap pihak Norjuma akan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan tidak betul selepas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Turut hadir di mahkamah adalah pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.

Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma berkaitan penyebaran fitnah yang didakwa dilakukan oleh usahawan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi