web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 6:25PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia bermula hari ini.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.

Beliau berkata proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kementerian Komunikasi menyamout baik pengumuman daripada pihak Digital Nasional Bhd (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB.

"Ini merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

DNB dalam kenyataan semalam mengesahkan kesemua syarat duluan yang terkandung di bawah SSA berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

Menurut DNB, ini merupakan pencapaian penting berkenaan SSA dengan empat pengendali MNO di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation son Bhd, Maxis Broadband San Bhd, U Mobile San Bhd, dan YTL Communications San Bhd melalui YTL Power International Bhd.

Sementara itu, Fahmi berkata kementerian komited bagi melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G, sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mapan.

"Pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini akan dapat membantu usaha untuk meningkatkan liputan 5G, mewujudkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi serta memastikan harga pelan dan mutu perkhidmatan 5G yang baik untuk rakyat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar