web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Masih Wakili Ibu Zayn Rayyan – Mahmud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 1:00PM

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Aparment Idaman, Damansara Damai. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peguam, Mahmud Abdul Jumaat menegaskan beliau masih mewakili ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan mati dibunuh tahun lalu.

Ibu bapa kanak-kanak autisme itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Dalam satu hantaran di Facebook malam tadi, Mahmud menjelaskan keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangannya selepas berjumpa keluarga arwah.

Menurut Mahmud, pada 31 Mei lalu beliau dihubungi oleh keluarga bapa Zayn Rayyan pada jam 11 malam, selepas ibu bapa kanak-kanak itu ditahan dan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman, keesokan harinya.

"Saya ingin tekankan bahawa ini bukan inisiatif NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tetapi inisiatif keluarga bapa Zayn Rayyan sendiri. Entah dari mana cerita bahawa saya ini dari NGO?

"Saya dengan niat yang suci, ingin membantu kerana dalam hati ini terdetik rasa kasihan, sudahlah kehilangan anak, sekarang direman menjadi OYDS (orang yang disyaki) pula, sungguh besar dugaan mereka," katanya.

Mahmud Abdul Jumaat. – Gambar Facebook
Mahmud Abdul Jumaat. – Gambar Facebook

Beliau mengulas dakwaan datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba pada Jumaat lepas, bahawa ahli keluarga mereka tidak pernah melantik Mahmud sebagai peguam rasmi bagi mewakili ibu bapa arwah.

Zahari berkata penglibatan Mahmud adalah melalui inisiatif NGO yang diuruskan anaknya sebelum ini.

Pada 4 Jun lalu, Mahmud, dari Tetuan Emir Mahmud & Co, dilaporkan berkata beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan.

Pada petang hari yang sama, Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau telah dilantik sebagai peguam baharu mewakili pasangan itu.

Pada 6 Disember lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, Petaling Jaya, sehari selepas polis menerima laporan kehilangannya.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarganya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Ibu bapa Zayn ditahan pada 10.05 pagi 31 Mei lepas di Puncak Alam, Selangor bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Getaran, 11 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Fail Permohonan Ke-2 Untuk Bertemu Anak Guam

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad