web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 1:39PM

Peguam Fahmi Abd Moin (kiri) bercakap kepada media di luar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. – Gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Peguam, Fahmi Abd Moin berkata pertuduhan melibatkan ibu bapa kanak- kanak autisme yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan menyebabkan kecederaan fizikal.

Menurut beliau pertuduhan terhadap anak guamnya melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis.

"Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan. Buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata anak guamnya Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Peguam itu berkata mahkamah juga mengarahkan pasangan berusia 29 tahun itu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti susulan perkembangan hari ini.

“Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya memohon satu perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Namun kata Fahmi mahkamah menetapkan membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Terdahulu pasangan suami isteri berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak tersebut.

Mereka membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh dan mohon dibicarakan.

Misi mencari Zayn Rayyan tamat selepas mayatnya ditemui di anak sungai, berhampiran Kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Anak malang itu terlebih dahulu dilaporkan hilang oleh ibunya yang berkongsi perkara itu di Facebook.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat dibunuh, berdasarkan penemuan beberapa kesan kecederaan yang sinonim dengan perbuatan jenayah.

Kes berkenaan selepas itu sepi seketika, sebelum ia kembali hangat susulan penahanan Zaim Ikhwan dan Ismanira di Puncak Alam, 31 Mei lalu.

Pasangan terbabit yang ditahan di kediaman keluarga kemudiannya direman selama 13 hari yang berakhir hari ini. - Getaran, 13 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Masih Wakili Ibu Zayn Rayyan – Mahmud

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Fail Permohonan Ke-2 Untuk Bertemu Anak Guam

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 15 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 minit yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar