web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Fail Permohonan Ke-2 Untuk Bertemu Anak Guam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 8:19PM

Mayat Zayn Rayyan ditemui di sungai berhampiran rumahnya sehari selepas dilaporkan hilang. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan berharap dapat bertemu dengan anak guamnya sebelum tempoh reman pasangan tersebut berakhir.

Fahmi Abd Moin berkata,  beliau akan mengemukakan permohonan kedua kepada polis pada Isnin, selepas polis gagal memberi maklum balas terhadap permohonan pertama.

“Setakat ini, kami masih belum diberi akses untuk bertemu anak guam. Kami juga belum mendapat sebarang maklum balas (daripada polis) mengenai permohonan pertama untuk berbuat demikian.

“Sehubungan itu, kami akan menghantar permohonan susulan esok,” kata Fahmi seperti dilaporkan The New Straits Times.

Bekas timbalan pendakwa raya itu dilantik sebagai peguam baharu kepada ibu bapa Zayn Rayyan.

Pelantikan itu susulan penarikan diri peguam lama pasangan tersebut, Mahmud Abdul Jumaat pada Selasa lalu.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat melanjutkan perintah reman terhadap ibu bapa Zayn selama enam hari lagi sehingga 12 Jun. 

Ibu bapa kanak-kanak itu pada awalnya direman selama tujuh hari, bermula 1 hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan yang berusia enam tahun ditemui dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran rumahnya di Idaman Apartment, Damansara Damai di Petaling Jaya, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh berdasarkan keputusan bedah siasat yang mendapati terdapat kesan luka pada leher dan badan.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata terdapat percanggahan dalam kenyataan diberikan oleh pasangan tersebut serta saksi lain yang menyebabkan polis memohon lanjutan reman terhadap mereka.

Beliau berkata peguam pasangan suami isteri itu dibenarkan bertemu dengan kedua-dua tahanan tetapi ia tertakluk kepada budi bicara polis.

“Mereka boleh bertemu anak guam dalam tempoh reman atau selepas itu.

“Polis mempunyai budi bicara untuk menentukan bila (mereka boleh bertemu),” katanya. – The Vibes, 9 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Masih Wakili Ibu Zayn Rayyan – Mahmud

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar