web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, China Ulangi Komitmen Kerjasama, Jaga Keselamatan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 4:00PM

Saifuddin Nasution Ismail (kiri) bersama rakan sejawat Wang Xiaohong pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Republik Rakyat China (RRC) kali kelima - Gambar KDN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan China mengulangi komitmen  untuk meningkatkan hubungan akrab kedua-dua negara dalam konteks keselamatan dan ketenteraman awam di kedua-dua negara bagi peringkat serantau dan global.

Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas Mesyuarat Kumpulan Kerja antara Malaysia dan China untuk kali kelima yang diadakan di Beijing, semalam.

Menurut beliau, Mesyuarat JWG Ke-5  itu memperakui kerjasama erat sedia ada antara agensi penguatkuasaan kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara berikrar untuk meningkatkannya ke tahap yang lebih intensif selaras dengan status hubungan komprehensif dan strategik Malaysia - Republik Rakyat China.

“Hal ini termasuklah perkongsian maklumat, pembangunan kapasiti dan pertukaran penempatan pegawai,” katanya hari ini.

Jelas Saifuddin, beberapa keputusan juga berjaya dicapai hasil daripada mesyuarat tersebut.

Antara lain katanya ialah pemeteraian pelanjutan Perjanjian Bagi Kerjasama Membanteras Jenayah Rentas Sempadan Malaysia Cina yang berkuat kuasa sehingga 2034.

“Perjanjian ini merupakan dokumen induk yang menyenaraikan lebih 15 bidang kerjasama antara kedua-dua negara seperti pencegahan aktiviti keganasan dan ekstremisme.

“Ia turut merangkumi perjudian haram, jenayah siber, penyeludupan manusia dan bahan terlarang serta jenayah ke atas alam sekitar,” katanya .

Selain itu katanya kedua-dua negara turut menyatakan komitmen untuk menerokai dan menerajui kerjasama ASEAN dan China termasuk Gulf Cooperation Council (GCC) dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial.

“Malaysia dan China juga menyatakan persefahaman untuk mendalami secara saintifik cadangan Kerangka Keselamatan Nasional yang akan diunjurkan.

“Ia termasuk  kesepakatan untuk bersegera memuktamadkan beberapa dokumen perjanjian dan kerjasama baharu antara kedua-dua negara seperti dalam perihal keimigresenan serta ekstradisi,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad