web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program 'Melaka Bila Larut Malam' Bakal Tarik Lebih Ramai Pelancong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 4:58PM

Ab Rauf Yusoh berjalan di sekitar Pahlawan Walk sempena Program Melaka Bila Larut Malam. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) yang dilaksanakan kerajaan negeri pada setiap bulan akan menampilkan pelbagai kelainan dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri pelancongan di negeri itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

"Pastinya ada kelainan pada bulan kedua pelaksanaan Program MBLM...sehingga Disember tahun ini, kita ada pelbagai pakej pelancongan baharu dan program menarik yang akan diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung datang ke Melaka.

"Jadi pihak pengusaha hotel, inap desa, hotel bajet dan juga pemain industri pelancongan lain akan mendapat faedah daripada semua program yang akan kita anjurkan," katanya kepada pemberita pada sidang media Walkabout Bila Larut Malam di sebuah pusat beli-belah di sini lewat malam tadi.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem dan Datuk Bandar Melaka Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata lebih banyak pemain industri melibatkan destinasi pelancongan dan pusat beli-belah dijangka menyertai Program MBLM yang bermula 11 malam sehingga 2 pagi pada setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Beliau berkata inisiatif itu secara tidak langsung memberi peluang kepada peniaga kecil dan sederhana beroperasi lebih masa daripada hari biasa sekali gus meningkatkan pendapatan mereka serta daya saing sektor pelancongan di negeri itu.

Sementara itu, katanya lebih 10,000 pengunjung direkodkan di beberapa destinasi pelancongan yang menawarkan harga tiket promosi sempena Program MBLM malam tadi iaitu Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Panggung Bangsawan, Muzium Penjara dan empat muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka iaitu Muzium Sejarah, Muzium Samudera, Muzium Rakyat dan Muzium Istana Kesultanan Melaka.

"Harga promosi yang ditawarkan ialah RM10 seorang bagi produk pelancongan selain Muzium Penjara iaitu RM3 bagi tiket masuk pelawat dewasa dan RMI untuk kanak-kanak.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan saya dimaklumkan pengunjung hadir ke destinasi pelancongan terlibat untuk mendapatkan tiket promosi berkenaan seawal 6 petang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ab Rauf Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad