web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

Vietjet menawarkan promosi utama pada setiap Jumaat sehingga hujung tahun ini, dengan tambang bermula hanya dari RM 120.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 5:49PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat penerbangan Vietjet mengambil langkah meningkatkan penerbangan ke destinasi pantai paling popular di Vietnam, Nha Trang dan Phu Quoc, sambil memperluaskan jejak antarabangsanya.

Langkah ini diambil ketika pencinta percutian pantai sedang berlumba-lumba untuk menikmati percutian musim panas yang diidamkan.

Vietjet telah melancarkan penerbangan pertamanya yang menghubungkan Phu Quoc, syurga pantai Vietnam, dengan dua bandar Taiwan, Kaohsiung dan Taichung. 

Operasi di laluan Phu Quoc-Taichung yang bermula pada 13 Jun menawarkan tiga penerbangan pergi balik setiap minggu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. 

Perkhidmatan Phu Quoc-Kaohsiung bermula sehari kemudian, dengan empat perjalanan pergi balik setiap minggu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. 

Penambahan ini menjadikan Vietjet sebagai syarikat penerbangan tunggal yang menawarkan penerbangan tanpa henti antara Phu Quoc dan tiga bandar terbesar di Taiwan—Taipei, Kaohsiung dan Taichung, berjumlah sembilan perkhidmatan Vietnam-Taiwan.

Pada masa yang sama, Vietjet juga telah meningkatkan kekerapan di laluan terus yang menghubungkan Phu Quoc dengan Seoul (Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon) daripada dua kepada tiga penerbangan pergi balik setiap hari bermula 14 Jun lalu. 

Mulai 19 Julai, syarikat penerbangan itu akan menggandakan kekerapan penerbangannya antara Nha Trang dan Busan, menawarkan dua penerbangan pergi balik setiap hari. 

Dengan pengembangan penerbangan ini, ia bermakna Vietjet menyediakan sehingga 21 penerbangan pergi balik setiap hari, bersamaan dengan 147 penerbangan pergi balik setiap minggu, antara Vietnam dan Korea Selatan.

Pantai Na Thrang
Pantai Na Thrang

Langkah strategik ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengembara yang tertarik dengan pantai Vietnam yang menakjubkan, warisan sejarah dan budaya yang kaya serta pengalaman kulinari yang pelbagai.

Pada masa ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan sebelas perkhidmatan langsung yang menghubungkan Bandar Ho Chi Minh, Ha Noi, Da Nang, Nha Trang, Phu Quoc, dan Hai Phong dengan Seoul dan Busan.

Dengan rangkaian Vietjet yang luas di Vietnam, penumpang Malaysia kini mempunyai pilihan penerbangan tambahan ke destinasi Vietnam ini, dengan pilihan transit yang mudah tersedia di Ho Chi Minh City.

Selain meningkatkan kekerapan penerbangan, Vietjet baru-baru ini telah menambah 1.4 juta tempat duduk ke rangkaian penerbangan domestiknya dan melancarkan beberapa laluan antarabangsa baharu.

Untuk meraikan pertambahan laluan ini, Vietjet menawarkan promosi utama pada setiap Jumaat sehingga hujung tahun ini. Penumpang boleh menempah tiket penerbangan antarabangsa melalui www.vietjetair.com atau aplikasi mudah alih Vietjet Air, dengan tambang bermula hanya dari RM 120. 

Kereta kabel di Phu Quoc
Kereta kabel di Phu Quoc

Semua penumpang Vietjet menerima insurans perjalanan SkyCare percuma, memberikan faedah yang luas dan perkhidmatan sokongan perubatan dan perjalanan global 24/7.

Terletak di luar pantai barat daya Vietnam, Phu Quoc terkenal dengan iklim sederhana sepanjang tahun, perairan yang pernih membiru, dan pantai yang panjang memutih, dilengkapi dengan pusat peranginan bertaraf dunia. 

Pengembara antarabangsa juga boleh mendapat manfaat daripada skim pengecualian visa Vietnam, membenarkan penginapan sehingga 30 hari di pulau itu.

Nha Trang, yang terletak di perairan tengah selatan Vietnam pula menawarkan gabungan tarikan kebudayaan, aktiviti rekreasi dan makanan laut yang lazat, menjadikannya destinasi kegemaran untuk pengembara tempatan dan antarabangsa. - Getaran, 20 Jun 2024

Foto : Vietjet

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program 'Melaka Bila Larut Malam' Bakal Tarik Lebih Ramai Pelancong

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penumpang Teruja Juruterbang Pasang Lagu 'Bey Sobar Bey'

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN