web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ab Rauf Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 11:03AM

Ab Rauf Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diketahui hari ini selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka, pagi ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan mempersembahkan nama calon pengganti Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang meletak jawatan semalam dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengesahkan peletakan jawatan Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu.

Katanya, Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, kelmarin.

“Saya mengesahkan bahawa saya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk mengemukakan nama yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya.

Ditanya jika nama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan disenaraikan, Ahmad Zahid menjawab: “Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka.”

Berhubung soalan jika pertukaran Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada perancangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka seperti diumumkan beliau di negeri itu baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata ada kemungkinan ia akan berlaku. 

“Kita akan lihat perkembangan terbaharu apabila Ketua Menteri yang baharu ini mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Melaka) selepas raya,” katanya. 

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media semalam, susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.

Malah, isu pertukaran pemimpin negeri Melaka sudah hangat diperkatakan beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang diadakan pada 20 November 2021.

Justeru, nama Pengerusi UMNO Melaka yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali disebut bakal mengisi kerusi panas itu.

Menurut laporan portal BH, sumber dalaman UMNO Melaka, memaklumkan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14 dijangka berlangsung esok di hadapan Yang di-Pertua Negeri.

Bagaimanapun Ab Rauf enggan mengulas sehingga ada pengesahan rasmi daripada pucuk pimpinan UMNO berhubung perkara itu. – Getaran, 30 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Program 'Melaka Bila Larut Malam' Bakal Tarik Lebih Ramai Pelancong

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

Politik 3 tahun yang lalu

Barisan Exco Melaka Akan Libatkan Rakan Politik Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

4

Politik 3 tahun yang lalu

Senarai Exco Baharu Melaka 'Cantik Dan Menarik’ - Ab Rauf

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar