web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 1:03PM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lima individu termasuk dua wanita mengalami kecederaan apabila sebuah bas ekspres yang dinaki mereka, merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 290 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas tersepit dan empat orang penumpang cedera. Bas yang membawa 26 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan menghala ke selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, pihaknya telah mengeluarkan mangsa yang tersepit serta memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera, sebelum mereka dihantar ke hospital yang berhampiran untuk menerima rawatan selanjutnya.

Beliau berkata mangsa yang tidak cedera dihantar ke destinasi yang dituju menggunakan bas ekspres lain dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.45 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad