web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Sita 147 Kenderaan Mikromobiliti Bernilai Lebih RM700,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 6:14PM

Kenderaan mikromobiliti yang disita JKDM Terengganu. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu menyita 147 kenderaan mikromobiliti dianggar bernilai RM708,082.60 termasuk cukai dalam serbuan di dua premis di sini Khamis lepas.

Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata serbuan dijalankan selepas premis terbabit disyaki memiliki barang larangan import iaitu kenderaan mikromobiliti seperti moped bike, basikal kuasa elektrik dan peranti mobiliti peribadi (PMD) kuasa elektrik.

"Semakan awal terhadap dokumen pembelian dan pengimportan yang dikemukakan ketika serbuan mendapati terdapat syak yang munasabah bahawa semua kenderaan terbabit telah diseludup masuk ke dalam negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil serbuan di lokasi pertama, pihaknya menyita 130 kenderaan mikromobiliti dengan nilai pasaran RM346,200 dan cukai dianggar bernilai RM252,726 manakala 17 lagi disita di lokasi kedua membabitkan nilai RM64,088 dan cukai berjumlah RM45,068.

Menurut Mohd Nadzri pihak terlibat disyaki membawa masuk kenderaan itu secara komponen terlerai dari China melalui Pelabuhan Klang sebelum dipasang di sebuah gudang di pantai barat untuk edaran ke seluruh negara.

Proses pengimportan, katanya dipercayai menggunakan ikrar palsu dengan mengemukakan kelulusan permit import terhadap penghantaran sebelum ini yang pernah dibawa masuk pada 2021 bagi meyakinkan pembeli akhir.

"Siasatan mendapati bukan dua premis ini sahaja yang menjadi mangsa, premis di luar pun sama. Dia (pengimport) kena dapatkan permit sebab di bawah Item No.7, Bahagian II, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 perlu dapatkan kelulusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

"Kenderaan elektrik ini juga kena ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebab ia digunakan di jalan raya. 

"Bagaimanapun, basikal-basikal seperti ini belum dibenarkan untuk kegunaan di jalan raya," katanya.

Beliau berkata kedua-dua pemilik premis warga tempatan berusia 39 dan 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan telah dibebaskan dengan jaminan JKDM. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad