web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:08PM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kanan) ketika melawat lokasi nahas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak, semalam. gambar FB Khaled Nordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri hari ini mengarahkan Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak, semalam, supaya menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Lembaga Siasatan itu juga perlu menyerahkan laporan penuh siasatan berkenaan dalam tempoh 30 hari bekerja.

"Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini merakamkan ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas tragedi dua buah helikopter TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April 2024. 

"Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan sepuluh wira-wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohamed Khaled berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan juga sudah menubuhkan Tabung Khas bagi memudah orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

"Sebagai meringankan beban yang ditanggung, Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000.00 kepada setiap keluarga. 

"Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudah orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa," katanya.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menanggung seegala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah kesemua mangsa terbabit.

Dalam kejadian pada jam 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi  membabitkan dua helikopter yang  terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut. - Getaran, 24 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 6 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad