web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 9:15PM

Datuk Seri Najib Razak. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa ditangguhkan hari ini selepas bekas Perdana Menteri itu disahkan mengalami cirit-birit.

Pegawai Perubatan Klinik Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa beliau telah memeriksa Najib yang mengadu sakit perut dan telah ke tandas sebanyak tiga kali pagi tadi.

Doktor itu telah diminta memberi penjelasan mengenai keadaan kesihatan Najib oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa penjara berkaitan perkara itu ketika mahkamah berhenti rehat.

"Najib kelihatan agak lemah, keletihan dan dehidrat. Saya telah memberikan beliau preskripsi ubat buscopan, lomotil dan garam rehidrasi oral," katanya sambil menambah tekanan darah Najib juga agak rendah.

Sequerah kemudian menyoal sama ada Najib mampu menjalani prosiding perbicaraan hari ini dan Dr Mohd Hafız berkata, ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, beliau akan menangguhkan prosiding hari ini, namun perbicaraan perlu diteruskan esok dan meminta Dr Mohd Hafız mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Najib untuk hari ini.

Terdahulu, semasa soal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bekas peguam am 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan berkata, Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB mengikut secara membuta tuli dan mengiyakan apa sahaja yang Najib, sebagai pemegang saham tunggal syarikat itu, telah luluskan mengikut Artikel 117 Memorandum & Artikel Persatuan (M&A).

Bagaimanapun, Muhammad Shafee menafikan dakwaan itu dan menyoal saksi ke-50 pendakwaan tersebut sama ada BOD tidak menggunakan akal fikiran mereka sehingga terpaksa mengikut Najib secara membuta tuli dalam apa jua keputusan yang diambil beliau.

Bagi menjawab soalan itu, Loo berkata: "Artikel 117 memerlukan kelulusan PM (Perdana Menteri) bagi transaksi besar".

Muhammad Shafee: Anak guam saya, yang juga Menteri Kewangan ketika itu, telah melakukannya mengikut lunas undang-undang, beliau telah mengambil maklum kenyataan pengarah dan memberikan kelulusan sebagaimana yang tercatat dalam Artikel 117 sebagai pemegang saham, jadi di mana ketakkonsistenannya?

Loo: Meskipun tidak dinyatakan, secara keseluruhan ia adalah sama. 1MDB melayan beliau sebagai pemegang saham dan dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri.

Untuk rekod, Artikel 117 menyatakan bahawa PM mempunyai kata putus kepada pindaan M&A atau pelantikan dan pemecatan pengarah serta pengurusan tertinggi 1MDB.

la turut menyatakan bahawa sebarang keputusan mengenai pelaburan, kewangan dan penstrukturan membabitkan kepentingan syarikat yang berkait rapat dengan sebarang kepentingan negara, keselamatan serta dasar kerajaan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada PM.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan (sebagai Perdana Menteri) untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Dato’ Shake Tangguh Konsert Di Zepp KL

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Hrithik Roshan Ditangguh, Peminat Boleh Tuntut Bayaran Tiket

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran