web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dato’ Shake Tangguh Konsert Di Zepp KL

Penganjur maklumkan peminat boleh tuntut bayaran balik tiket dan tarikh baru konsert akan diumumkan kelak

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:19AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjur konsert Dato’ Shake Live In Zepp KL pada Rabu lalu mengumumkan bahawa acara  yang dijadualkan pada 16 Disember ini terpaksa ditangguh dan tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Konsert Dato Shake Zepp KL yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember di Zepp Kuala Lumpur telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pihak penganjur dan Dato’ Shake memohon maaf di atas penundaan ini terutama buat pembeli tiket konsert.

“Konsert ini ditunda dan bukan batal. Ia bakal pindah ke tarikh lain apabila situasi menjadi lebih baik untuk menyambut dan meraikan persembahan Dato Shake! Kami memohon maaf kepada para peminat,” ulas pihak penganjur dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa yang sama, mereka juga memaklumkan semua pemegang tiket boleh mendapatkan bayaran balik dengan menghubungi talian Ticketcharge +603-92228811.

Terdahulu, penganjur menjanjikan sebuah konsert yang akan mempamerkan perjalanan kerjaya muzik penyanyi yang berpangkalan di Paris itu.

Malah, semua repertoir terbaik dalam kerjaya muzik beliau akan dipersembahkan, iaitu lagu-lagu Melayu dan Perancis yang terkenal serta tidak dapat dilupakan yang menjadi kegemaran ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.

Tiket-tiket berharga RM958, RM458, RM398, RM498 dan RM598 serta premium box (RM5,000 untuk 8 orang) mula dijual pada 3 Oktober lalu. - Getaran, 1 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang